Monday, February 16, 2009

Aku anti Valentine!






Salam all. Aku kembali dengan entri special hari ni... memandangkan entri beberapa minggu yang lalu lebih kepada hiburan. Hari ini aku nak kongsi something yang sememangnya akan meluaskan lagi biji mata korang sekaligus otak yang Allah swt berikan itu sekurang-kurangnya dapat diupdate gak, especially kepada mereka-mereka yang tengah syok couple. Terasa la tue.... aku peduli apa beb!

Valentine's day baru jer berlalu. Mungkin entri ni agak lambat kot.. kalau boleh aku pun nak gak create hari tu tapi takper la diharap para pembaca tidak kisah dengan kelewatan ni. Selagi bawa kebaikan korang layan jer la ek. Ade member tanya kat aku "ko tak celebrate valentine's day ker fik? aku memang dah agak soalan ni pasti muncul pada 14 februari hari tu. So aku jawab jer la.. "tu bukan budaya aku geng! pe benda valentine tu.. tak de kuasa aku nak tahu. Alahai... member aku tanya lagi"apsal ni.. awek takder ke?".. yay satu lagi soalan bonus yang aku kena jawab.. "cam ni la geng... aper kata ko baca entri yang ader kat blog aku, tajuk die... AKU ANTI VALENTINE!.. amacam?" bergegar perut aku gelak selepas tu.. huhu. Hai Valentine..Sesungguhnya kehadiranmu tidak sekali-kali ku nantikan.. wat aper nak ikut budaya kafir oi... islam tak pernah mengajar kita wat benda-benda cam tu.. lebih-lebih lagi ia amat bertentangan dengan ajaran islam. ingat ni lagi satu tricks kafir laknatullah untuk memesongkan akidah umat islam.



Aku pena terbace sebuah artikel menyatakan Valentine's day ni sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom. Paderi tu dibunuh oleh pemerintah Rom pada masa tu, Claudius II. Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu. Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati kemenangan tersebut. Jadi jelaslah bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh(haram) orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian.

Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat. Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya. Dalam Islam ada tiga kategori kasih; pertama, kasih Pencipta (Allah Subhanahu wataala) kepada hamba-Nya; kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan ketiga, kasih makhluk sesama makhluk.

Oleh itu sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih’ yang dicipta oleh orang-orang Kristian, sebaliknya hendaklah menumpukan masa dan waktu kepada Allah Subhanahu Wataala dengan melakukan apa jua pekara yang mendatangkan manfaat yang matlamat akhirnya menghidupkan cinta kepada Allah Subhanahu Wataala.

"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut
termasuk bersama golongan tersebut"

INGAT SAHABAT SEAGAMAKU! VALENTINE'S DAY ADALAH HARAM ! JANGAN SESEKALI KORANG SAMBUT! Bagi yang pena celebrate tu.. memang malang la nasib korang kerana hanya dihargai dalam 1 hari dari 365 hari. Kalo nak berkasih-sayang pun kita nak hari-hari dan bukan untuk 1 hari tertentu sahaja. Islam HAD-HARI la katakan.. kita kenalah berfikir dan mengkaji sesuatu perayaan lain itu jangan main bantai jer sambut. Berkasihlah kerana Allah InsyaAllah kita akan diredhai dan diberkati. wallahua'lam..

1 comment:

Post a Comment