Tuesday, October 12, 2010

STUXNET Nama Diberi!




Alhamdulillah. Baru sahaja selesai wat kerja networking di Jabatan Kerja Raya Tawau dan Kunak. InsyaAllah lepas ni JKR di daerah lain plak akan menyusul. Besanya lepas jak abis satu projek di situ la aku akan berehat lebih sikit. Tido lepak tido lepak la kerja aku kan. huhu. OK! Baru-baru ni heboh satu jenis VIRUS cyber yang mana memberikan satu lagi impak kepada dunia it. VIRUS STUXNET. sedap ja sebut nama virus ni kan.. macam nama sebuah senjata pun ada gak. Apakah sebenarnya virus ni? sapa penciptanya? tujuan dicipta? ni la persoalan yang aku rasa masih b'shuffle di kepala otak dunia karang ni. setelah puas mengooglekan diri dapatla sedikit maklumat tentang virus ni. alahai.. haha



Menurut kajian yang telah dibuat tentang virus ni.. Virus Stuxnet mampu menyerang, mengubah serta mengawal sistem sesebuah industri melalui Sistem Supervisory Control and Data Acquisition (SCADA) contohnya kilang dan juga stesen Janakuasa. Korang bayangkan la kalo virus ni serang sistem tenaga di Malaysia tersayang kita, maka bergelap lah korang kan.. wow! betapa canggih dan gilanya virus stuxnet. Menurut kajian juga virus stuxnet ni hanya menyerang pengguna OS (Operating system) windows jak, Sekiranya korang pakai OS selain OS windows korang patutnya tidak risau. Tapi aku yakin betul di Malaysia ni Pengguna Windows paling ramai, termasuklah aku sendiri. Alahai.. haha. Ramai yang masih pening tujuan sebenar virus ni dicipta. Menurut sumber, stuxnet ni berkaitrapat dengan isu nuklear IRAN yang kini menjadi perhatian kuasa-kuasa besar dunia seperti US. Tengok sajalah di mana virus stuxnet paling banyak kena, di Iran saja 62.867 pengguna dah kena. Dengar-dengar China kini paling teruk terkena virus ini. Menurut kajian juga stuxnet ni dicipta untuk menjatuhkan sistem nuklear Iran. Heran.. takkan Sistem nuklear iran guna windows? apasal dorang tidak guna linux atau os lain? mita korg kaji pls. haha.

Sapa yang cipta? Siemens, Microsoft dan geng-geng dorang yang lain. Namun belum ada yang tahu siapa yang cipta. Virus canggih stuxnet ni memerlukan modal yang amat tinggi, sapa yang mampu mengeluarkan modal yang tinggi untuk menghasilkan satu virus canggih?. Walaupun Kesan virus terhadap nuklear Iran tidak lah begitu serius, Rasanya Iran tidak akan berdiam diri dan kemungkinan akan membalas balik serangan virus tersebut. Confirm virus iran lebih kuat dari stuxnet. Adakah ini tanda-tanda perang cyber da start? uih.. seram.

Buat masa ini.. belum ada lagi stuxnet ni kat komputer aku, yang penting Antivirus kenalah up to date dan jangan sesekali melayari web tidak baik.


Read more »»