Tuesday, October 12, 2010

STUXNET Nama Diberi!




Alhamdulillah. Baru sahaja selesai wat kerja networking di Jabatan Kerja Raya Tawau dan Kunak. InsyaAllah lepas ni JKR di daerah lain plak akan menyusul. Besanya lepas jak abis satu projek di situ la aku akan berehat lebih sikit. Tido lepak tido lepak la kerja aku kan. huhu. OK! Baru-baru ni heboh satu jenis VIRUS cyber yang mana memberikan satu lagi impak kepada dunia it. VIRUS STUXNET. sedap ja sebut nama virus ni kan.. macam nama sebuah senjata pun ada gak. Apakah sebenarnya virus ni? sapa penciptanya? tujuan dicipta? ni la persoalan yang aku rasa masih b'shuffle di kepala otak dunia karang ni. setelah puas mengooglekan diri dapatla sedikit maklumat tentang virus ni. alahai.. haha



Menurut kajian yang telah dibuat tentang virus ni.. Virus Stuxnet mampu menyerang, mengubah serta mengawal sistem sesebuah industri melalui Sistem Supervisory Control and Data Acquisition (SCADA) contohnya kilang dan juga stesen Janakuasa. Korang bayangkan la kalo virus ni serang sistem tenaga di Malaysia tersayang kita, maka bergelap lah korang kan.. wow! betapa canggih dan gilanya virus stuxnet. Menurut kajian juga virus stuxnet ni hanya menyerang pengguna OS (Operating system) windows jak, Sekiranya korang pakai OS selain OS windows korang patutnya tidak risau. Tapi aku yakin betul di Malaysia ni Pengguna Windows paling ramai, termasuklah aku sendiri. Alahai.. haha. Ramai yang masih pening tujuan sebenar virus ni dicipta. Menurut sumber, stuxnet ni berkaitrapat dengan isu nuklear IRAN yang kini menjadi perhatian kuasa-kuasa besar dunia seperti US. Tengok sajalah di mana virus stuxnet paling banyak kena, di Iran saja 62.867 pengguna dah kena. Dengar-dengar China kini paling teruk terkena virus ini. Menurut kajian juga stuxnet ni dicipta untuk menjatuhkan sistem nuklear Iran. Heran.. takkan Sistem nuklear iran guna windows? apasal dorang tidak guna linux atau os lain? mita korg kaji pls. haha.

Sapa yang cipta? Siemens, Microsoft dan geng-geng dorang yang lain. Namun belum ada yang tahu siapa yang cipta. Virus canggih stuxnet ni memerlukan modal yang amat tinggi, sapa yang mampu mengeluarkan modal yang tinggi untuk menghasilkan satu virus canggih?. Walaupun Kesan virus terhadap nuklear Iran tidak lah begitu serius, Rasanya Iran tidak akan berdiam diri dan kemungkinan akan membalas balik serangan virus tersebut. Confirm virus iran lebih kuat dari stuxnet. Adakah ini tanda-tanda perang cyber da start? uih.. seram.

Buat masa ini.. belum ada lagi stuxnet ni kat komputer aku, yang penting Antivirus kenalah up to date dan jangan sesekali melayari web tidak baik.


Read more »»

Friday, September 17, 2010

OH! 2010

Salam, Hye All. Lama gila tidak posting. lama ke? Setahun lebih? lama ke? haha.. ntah pa ntah la yang aku wat dalam jangka masa tu.. sampai ada member yang sanggup meluangkan masa untuk mencucibersihkan deriaku, takkan la satu entri pon tidak bleh wat... aiyak! malu aku oo mo cerita. Untuk sekian lama aku membisu kini aku muncul kembali.. mita maaf bebanyak okay, InsyaAllah aku akan lebih aktif lagi untuk membuat posting lepas ni. Sesungguhnya tahun 2010 ni boleh la dikatakan sibuk bagi aku.. pa tidaknya hujung tahun 2009 aku dah mula sibuk dengan Projek Penyelenggaraan Komputer sekolah kat Semporna, cybercafe abang pun nak pindah ke tawau. Selesai je projek kitaorang focus plak dengan cybercafe kami yang baru. Alhamdulillah, tidak sampai beberapa bulan kami dapat projek Penyelenggaraan Komputer sekolah lagi, Kadang-kadang terlintas gak difikiran aku ni.. balik-balik selenggara.. supply ya bila? hehe. gov tidak cukup budget dah ker? dorang nak jimat kot tahun ni.. ntahla. Sambutan customer untuk cybercafe kami pun boleh tahan. Walaupun tidak ccafe kami tidaklah sehehat ccafe yang power. Dijangkakan hujung tahun 2010 ni akan mendatangkan impak kesibukan lagi untuk aku dengan beberapa kerja yang bakal dibuat. Selagi jiwa aku setia pada blogger selagi itu la aku akan try try try untuk terus mem'blogger. hehe. Harap tidak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kaum muslimin muslimat. Maaf Zahir serta Batin.
Read more »»